Pengenalan

PUSAT PENTADBIRAN KPKP KUANTAN

Telah ditubuhkan pada Tahun 1926

Sejarah Penubuhan

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad (KPKP) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 

 

tahun 1926 di Kuala Lipis Pahang dengan nama ” The Pahang Government Ser

vants Co-operative Thrift and Loan Society Limited ” dan beroperasi di Pejabat Penerangan Kuala Lipis. Diasaskan oleh sekumpulan kakitangan Kerajaan Negeri Pahang dan diantara orang kenamaan yang pernah menjadi anggota ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Husin, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Pejabat operasi berpindah ke Transit Quarters di Jalan Kuantan apabila Kuantan dijadikan ibu negeri Pahang. Kemudian pejabat operasi telah berpindah pula ke Bangunan Mahkamah Kuantan. Seterusnya pada tahun 1952 pejabat operasi telah ber-pindah ke bangunan Cold Storage, Jalan Mahkota, Kuantan sehingga tahun 1960.

Dalam tahun 1960, KPKP telah membeli sebuah bangunan kedai dua lot tiga tingkat di Jalan Mahkota, Kuantan dengan nilai RM108,000 dan merupakan koperasi pertama di negeri Pahang yang mempunyai pejabat sendiri.

Pada tahun 1994, KPKP telah membeli sebuah bangunan kedai empat lot tiga tingkat di Jalan Gambut 2, Kuantan dengan nilai RM1.4 juta dan digunakan sebagai pejabat urusan KPKP sehinggalah ke hari ini.

Wisma KPKP telah dirasmikan pada 15 Jun 1996 oleh Yang DiPertua KPKP, Dato’ Hj Md Sharif bin Hj Shamsuddin.

Bangunan KPKP terkini terletak di Jalan Gambut 2, yang dikenali sebagai WISMA KPKP, 

Simple Ways to Smart Solutions! - (KPKP 1926)