Pengerusi Lembaga
En. Ahmad Sharifuddin Bin Hj Salleh (PKC)
Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan
Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Pencipta sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya kita masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadan pada tahun ini. Sesungguhnya, tiada yang lebih menggembirakan kita, selain berpeluang untuk beribadah pada bulan yang penuh dengan kemuliaan. Ramadan adalah madrasah mendidik diri memantapkan ketakwaan kepada Allah SWT. Justeru, kita perlu merebut peluang beribadah di bulan ini dengan penuh kesyukuran kerana peluang yang diberikan belum tentu diperolehi pada masa yang akan datang. Saat negara dilanda wabak COVID-19, kita semua sangat merasai kesan akibat daripada pendemik ini. Kepada petugas barisan hadapan, khususnya anggota-anggota KPKP, terima kasih diucapkan. Marilah kita sama-sama mengambil peluang keemasan pada Ramadan kali ini untuk memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar wabak ini akan menemui penawarnya dan kehidupan kita dapat kembali seperti sedia kala. Akhir sekali, saya mewakili Anggota Lembaga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua anggota yang beragama Islam. Marilah sama-sama kita hiasi Ramadan dalam suasana yang berbeza namun niat dan hasrat kita tetap sama, iaitu untuk mencapai darjat ketakwaan di sisi Allah SWT jua.
Ramadan Kareem.
Sekian, terima kasih.