KPKP memperluas lagi pelaburannya dengan menceburi industri petroleum melalui pembukaan sebuah stesen minyak di Batu 3, Simpang Songsang, Temerloh. Perancangan yang dilaksanakan secara teratur akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
Pada 7 April 1997, bermulalah langkah baharu KPKP dalam bidang petroleum. Walaupun hanya sebuah stesen minyak, ia membawa makna yang besar buat anggota KPKP dan menjadi asas penting untuk generasi KPKP pada masa hadapan.
Aktiviti-aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di stesen petronas, antaranya program cabutan bertuah bagi pelanggan-pelanggan, ini dapat mengalakkan serta meningkatkan produktiviti dan pendapatan KPKP

