MORATORIUM (PENANGGUHAN) PEMBAYARAN PEMBIAYAAN PINJAMAN SECARA AUTOMATIK BERIKUTAN COVID-19
Anggota KPKP yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa berikutan penularan wabak Novel Coronavirus (Covid19) yang semakin meningkat, selaras dengan pengumuman daripada Bank Negara
Malaysia, Lembaga KPKP dengan ini bersetuju menyahut saranan daripada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk memberikan moratorium atau menangguhkan
pembayaran secara automatik bagi semua pembayaran (kecuali caruman yuran,
saham dan tabung kebajikan) pembiayaan sehingga tempoh 3 bulan bermula 1 Julai
2020 hingga 30 September 2020 untuk semua anggota KPKP.
Moratorium ini tertakluk untuk pembiayaan yang tiada tunggakan melebihi 3 bulan
sehingga 30 Jun 2020. Pembiayaan baharu selepas 30 Jun 2020 tidak layak
mendapat moratorium ini. Sepanjang tempoh moratorium, anggota yang
mempunyai pembiayaan yang memenuhi syarat-syarat tidak perlu membuat apa-apa
pembayaran dan bayaran lewat atau penalti tidak akan dikenakan. Pembayaran
pembiayaan akan disambung semula selepas tamat tempoh penangguhan.
Lembaga bersetuju moratorium ini bermula 1 Julai 2020 kerana KPKP perlu bersedia
dari segi teknikal dan pelarasan kerja untuk pelaksanaan moratorium tersebut
disamping persediaan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
serta pembayaran dividen anggota yang perlu dibuat pada bulan Jun 2020 ini.
KPKP akan memberikan arahan kepada pihak ANGKASA / MAJIKAN untuk
menangguhkan potongan gaji bermula bulan Julai 2020 sehingga September 2020.
Potongan gaji melalui ANGKASA / MAJIKAN akan berjalan semula seperti biasa pada
bulan Oktober 2020.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Dengan perintah Lembaga
KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD
NAZRI BIN ABDUL RAHMAN
Setiausaha
1 Comment
by admin
terima kasih