Pinjaman

Jenis Pinjaman

“Al-Qardhul Hasan”

Maknanya memberikan sesuatu kepada seseorang anggota dengan perjanjian yang ia akan membayar balik dengan nilai yang sama.Tujuan pinjaman ini untuk membantu dan menolong anggota-anggota mendapatkan sesuatu yang mustahak dan bermanafaat bagi mereka atau mengatasi masalah yang mereka hadapi.
Setinggi-tinggi Al-Qardhul Hasan yang boleh diberikan kepada anggota adalah RM1,000.00 Bayaran balik Al Qardhul Hasan hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua belas (12) bulan.

“Al-Bai’ Ainah”

Maknanya pinjaman atau jual beli tunai/ segera, bertujuan untuk mendapatkan lebihan dalam pinjaman atau jual beli dengan cara hikmat atau satu kaedah menjual sesuatu barangan (‘ain atau nilaian yang bermanfaat) dengan harga tangguh kemudian membelinya semula daripada pembeli secara tunai dengan harga kurang daripada harga jualan.

Jenis-jenis Al-Bai’Ainah

Dari KPKP - Anggota

"Al-Bai’ Ainah (Pendidikan)" diberikan kepada anggota tidak melebihi RM2,000 tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan.

"Al-Bai’ Ainah (Kecemasan)" hanya diberikan kepada anggota sehingga RM5,000 tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan.

"Al Bai’ Ainah (Peribadi)" diberikan kepada anggota dan pekerja tidak melebihi dari kadar dua puluh(20) bulan gaji dan bagi anggota dicampur jumlah yuran berbayar atau RM50,000 mana-mana yang kurang tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan.

"Al Bai’ Ainah (Bercagar)"diberikan tidak melebihi dari kadar separuh daripada nilaian hartanah yang hendak dicagar atau RM100,000 kepada anggota dan RM50,000 kepada pekerja, mana-mana yang kurang tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan. Anggota atau pekerja yang mendapat kemudahan Al-Bai’ Ainah (Bercagar) tidak layak mendapat lain-lain kemudahan Al-Bai’ Ainah kecuali Al-Bai’ Ainah (Kecemasan) dan Al-Bai’ Ainah (Pendidikan).

"Al Bai’ U Bithaman Aaajil" bertujuan membantu anggota-anggota dan pekerja mendapatkan barang-barang pengguna yang disediakan oleh Koperasi ini dengan kadar harga yang berpatutan dan dibayar secara bertangguh.

Jumlah pinjaman yang dibenarkan ialah sehingga RM50,000 dan potongan sehingga 120 bulantertakluk kepada kelayakkan dan syarat-syarat yang dikenakan.

Simple Ways to Smart Solutions!