PAJAK GADAI
Mengikut 2 Konsep Syariah iaitu :-
| |
“Ar-Rahnu”
Merujuk kepada makanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
“Al-Wadiah Yad Dhamanah”
Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah.
Ciri-ciri Ar-Rahnu
| – |
Caj perkhidmatan yang rendah. |
| – |
Tiada unsur riba. |
| – |
Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan. |
| – |
Tempoh membayar balik yang munasabah. |
| – |
Barang gadaian dijamin keselamatannya. |
Jenis-jenis emas
Emas adalah logam yang diterima untuk gadaian. Terdapat 8 standard ketulinan emas yang dibenarkan mengikut Peraturan 12/seksyen 3, Akta Perihal Dagangan 1972.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di talian : 09-517 8589 | 09-517 7932
| Jenis emas |
Nama-Nama |
Campuran |
| 999 / 24 K |
E.Kertas,10, Chuk Kam (99%) |
99.9 emas |
| 950 / 23 K |
Emas Kelantan, Emas 9 |
94.93% Au + 2.1 Ag+2.54 Cu |
| 916 / 22 K |
Emas Singapura, Emas 9 |
91.53% Au +3.9 Ag +4.25Cu |
| 875 / 21 K |
Emas Paun ( 750 – 875) |
87.46% Au +6.4Ag+6.4Cu |
| 835 / 20 K |
(750 – 835) Emas India |
83.53Au + 10.36Ag+6.17Cu |
| 750 / 18 K |
(750 – 875) Emas Paun |
74.84% Au +12.4 Cu |
| 585 / 14 K |
Suasa ( 375 – 585 ) |
37.5%-58.5% Au + Cu |
| 375 / 9 K |
Emas Putih ( 375 – 750 ) |
+lebih Ag/Ni/Zn/Pd |
Syarat-syarat gadaian
| 1. |
Pinjaman yang diberikan sebanyak 70% daripada nilai pasaran emas atau RM5,000 yang mana rendah. |
| 2. |
Tempoh Pembiayaan adalah selama 6 bulan dan disambung 4 bulan.Bayaran ansuran juga dibenarkan. |
| 3. |
Upah Simpan adalah seperti berikut bagi setiap seratus ringgit:
| Nilai emas |
Kadar |
Tempoh |
| RM1.00 – RM1000 |
RM0.50 |
Sebulan |
| RM1001 – RM2,000 |
RM0.60 |
Sebulan |
| RM2001 – RM10,000 |
RM0.80 |
Sebulan |
|
| 4. |
Dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu:
| – |
Salinan Kad Pengenalan Pemohon. |
| – |
Bukti-bukti bertulis barangan adalah hak milik sendiri/pasangan/saudara terdekat |
|
|