Keanggotaan

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada Warga-negara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun, bermastautin dalam kawasan per-jalanan Koperasi ini dan bekerja tetap dengan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan yang menyambung perkhidmatan dengan Syarikat atau Agensi berikutan dengan Pengswastaan Jabatan ber-kenaan atas Dasar Kerajaan dan masih terus menjadi anggota KPKP. Tidak bercacat cela di-sisi Undang-undang atau gila atau bankrap dan tidak disabitkan atasnya kesalahan yang kena di-daftarkan di bawah “The Registration of Criminals and Undesirable Person Act, 1969”.

KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA:
Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :-

a. warganegara Malaysia;
b. telah mencapai umur lapan belas tahun;
c. bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
d. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepas-kan, atau pernah dibuang daripada ke-anggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dengan mengisikan borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada Setiausaha Koperasi serta disertakan dengan fee masuk sebanyak lima ringgit (RM5). Fee ini akan dikembalikan kepada pemohon jika per-mohonannya ditolak oleh Lembaga.

Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee masuk sebanyak sepuluh ringgit (RM10).

Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran penuh dua ratus ringgit (RM200) syer dan yuran bulanan sebanyak enam bulan bolehlah melaksanakan segala hak, kewajipan dan laibiliti sebagai seorang anggota sebagai mana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Koperasi ini.

YURAN ANGGOTA:
Yuran bulanan anggota Minima dikenakan sebanyak – RM30

PERKHIDMATAN/FAEDAH YANG DISEDIAKAN:

Pinjaman wang tunai melalui Pembiayaan Tawarruq dan Al Qardhul Hasan.
Dividen tahunan atas caruman yuran dan saham terkumpul.
Derma dan sumbangan melalui Tabung Kebajikan Am Al Abrar.
Sumbangan hadiah kemerlangan pendidikan melalui Tabung Tarbiah.
Simpanan dan perlindungan pinjaman melalui Pertaruhan Al Wadi’ah.
Perniagaan insuran am dan hayat.
Perniagaan stesen minyak dan Kedai Mesra Petronas.
Perkhidmatan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu).

6 Comments

  • by Abdullah bin Abd Samad
    Posted June 25, 2020 3:48 am 0Likes

    Assalammualaikum .saya abdullah no ahli 29951.saya tak ingat kata laluan bila nak log-in eSemak.bila saya klik**lupa kata laluan,saya x ingat emel semasa mendaftar eSemak.Harap pihak tuan dapat membantu saya .
    kerjasama pihak tuan amat saya hargai.

    • by admin
      Posted August 5, 2020 12:27 am 0Likes

      w,salam…sila datang ke pejabat KPKP Kuantan untuk membuat pendaftaran esemak.

  • by Arif
    Posted July 27, 2020 1:06 pm 0Likes

    Bagaimana cara jika saya nak berhenti dari jd ahli kpkp.. No ahli sy 25575
    No kp 741004035699

    Email baru sy arifazman@bph.gov.my

    • by admin
      Posted August 5, 2020 12:25 am 0Likes

      Sila buat surat permohonan bagi berhenti anggota dan hantar ke pejabat urusan KPKP Kuantan

  • by mohd najemi bin abdul kadir
    Posted February 4, 2021 1:53 am 0Likes

    Assalamualaikum

    saya terlupa no ahli. Macamana nk dapatkan semula no ahli tersebut.

    nama : mohd najemi bin abdul kadir
    kad pengenalan : 860919-06-5097

    • by admin
      Posted February 15, 2021 5:03 am 0Likes

      W,salam…Maklumat keangotaan adalah sulit tuan boleh terus berhubung dengan pihak kami. sila hubungi kami

Leave a Reply to admin Cancel reply

Simple Ways to Smart Solutions! - (KPKP 1926)