Visi / Misi

Selamat Datang Ke KPKP

Visi
"Menuju ke arah kecemerlangan koperasi melalui kekuatan kewangan, kemantapan pengurusan dan keselesaan anggota sebagai ukuran"

Misi
KPKP berikrar melalui 5 misi utama untuk merealisasikan visi yang menjadi aspirasi iaitu :

5 Misi Utama

1. Anggota sebagai aset utama KPKP
2. Pengurusan bertanggungjawab meningkatkan nilai aset melalui perkhidmatan cemerlang berteraskan Piagam Pelanggan.
3. Menawarkan perkhidmatan terbaru sejajar dengan perubahan dan kehendak semasa.
4. Memastikan kekuatan kewangan untuk menghasilkan keuntungan.
5. Mengekalkan nilai-nilai murni sebagai budaya organisasi.

Piagam / Organisasi

OBJEKTIF KUALITI

Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif kualiti Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan
Negeri Pahang Darul Makmur Berhad (KPKP) telah ditetapkan seperti berikut:

 

  • Pendaftaran Anggota
    Memastikan pendaftaran anggota koperasi dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dan pendaftaran pindaan Undang-undang Kecil Anggota Koperasi dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan Dokumen Permohonan yang lengkap dan sempurna sehingga tarikh Sijil Perakuan Pendaftaran Anggota Koperasi dan tarikh Sijil Perakuan Pendaftaran Pindaan Undang-undang Kecil Anggota Koperasi dikeluarkan dan diposkan kepada anggota koperasi.
  • Pendaftaran Pindaan Undang-Undang Kecil Anggota Koperasi
    Memastikan pendaftaran pindaan Undang-Undang Kecil Anggota Koperasi dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan Dokumen Permohonan yang lengkap dan sempurna sehingga Tarikh sijil Perakuan Pendaftaran Pindaan Undang-Undang Kecil Anggota Koperasi dikeluarkan dan diposkan kepada anggota koperasi.
  • Pengauditan Akaun Anggota Koperasi
    Memastikan akaun anggota koperasi yang lengkap dan sempurna diaudit dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh Laporan Juruaudit dan tarikh Laporan Pengurusan Juruaudit ditandatangani dan diposkan kepada anggota koperasi.
  • Permohonan Pembiayaan KPKP
    Memastikan permohonan pembiayaan KPKP yang lengkap dan sempurna diberi keputusan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah KPKP dan diposkan kepada anggota koperasi.
  • Aduan Anggota Koperasi.
    Memastikan aduan yang diterima mengenai koperasi diambil tindakan dan diselesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penjelasan diterima sehingga tarikh surat aduan dijawab dan diposkan kepada pengadu.
  • Pembatalan Anggota Koperasi
    Memastikan proses pembatalan anggota koperasi diselesaikan dalam tempoh 70 hari bekerja dari tarikh perakuan pembatalan diterima sehingga tarikh Perintah Pembatalan Anggota Koperasi oleh Pengerusi Eksekutif KPKP dan diposkan kepada pemegang harta.
  • Kelulusan Pemberian Dividen Anggota
    Memastikan kelulusan dividen anggota secara atas talian dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan sempurna secara atas talian dan surat kelulusan pembayaran dividen dikeluarkan dan diemelkan kepada anggota koperasii.
Dasar Kualiti

KPKP bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, efisien dan berkualiti dalam masa yang dijanjikan, bagi memenuhi kepuasan hati anggota. Proses ini melibatkan kerja berpasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

Untuk mencapai objektif tersebut, KPKP melaksanakan sistem pengurusan kualiti selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2008 di kalangan kakitangan KPKP yang juga melibatkan komitmen pihak pengurusan atasan.

KPKP sentiasa mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam organisasi serta berusaha ke arah mengatasi kekurangan tersebut dengan melaksanakan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti yang berterusan.Semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri sentiasa bertanggungjawab memantau dan mengkaji prestasi di Bahagian/ Negeri masing-masing dan akan mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera sekiranya prestasi kurang daripada yang disasarkan.

Dasar kualiti disampaikan kepada warga KPKP melalui kaedah-kaedah komunikasi seperti surat, mesyuarat, perbincangan dan intranet. Dasar kualiti sentiasa disemak semula sepanjang masa supaya sesuai dengan kehendak organisasi.

Simple Ways to Smart Solutions! - (KPKP 1926)