PERUTUSAN PENGERUSI 2024/2025
EN. SAIFUL ANUAR BIN ABU
Assalamualaukum w.b.t. dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t., Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Tuhan yang mentadbir sekalian alam diatas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada semua warga KPKP sehingga berjaya ke hari ini. Selawat dan salam juga kita sampaikan kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. dan seisi keluarga baginda serta para sahabat, kita masih lagi tersenarai dalam 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi tahun 2023 iaitu di tangga ke 31. Terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang turut mengiktiraf KPKP di kedudukan nombor tiga koperasi terbaik dalam Negeri Pahang. Tahun 2023 bolehlah dianggap sebagai tahun kebangkitan kembali prestasi keseluruhan KPKP setelah menempuhi cabaran dan kesan daripada pandemik Covid-19. Dalam pasca Covid-19 ini, KPKP berjaya meningkatkan pendapatan keseluruhan hampir 5% seterusnya meningkatkan keuntungan sebanyak 30%. Dari segi aktiviti pula, peningkatan pendapatan banyak disumbangkan oleh Ar-Rahnu iaitu sebanyak 139% berbanding tahun 2022 seterusnya menghasilkan peningkatan keuntungan sebanyak 169%. Lembaga akan terus memainkan peranannya dalam mencari peluang-peluang perniagaan dan pelaburan dalam usaha untuk mempelbagaikan aktivitinya disamping mengemaskini dan memperluaskan lagi skop kepada aktiviti-aktiviti yang sedia ada yang mana antara lain adalah pembangunan hotel dan juga stesen minyak yang ke dua, insya-Allah. Kepada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan, terutama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang, Institut Koperasi Malaysia dan ANGKASA diucapkan terima kash kerana sentiasa memberikan kerjasama, bimbingan dan sokongan kepada KPKP. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua anggota dan perwakilan, barisan Anggota Lembaga, pihak pengurusan dan Jawatankuasa Audit Dalaman atas usaha dan sumbangan yang telah diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang berterusan demi kemajuan KPKP.
Wassalam.