Terkini+
DAULAT TUANKU

๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ง๐ถ๐๐ฎ๐ต ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐๐๐น๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐๐ธ๐ฎ ๐๐ฎ๐ด๐ถ๐ป๐ฑ๐ฎ (๐๐๐ฃ๐) ๐ง๐๐ฎ๐ป๐ธ๐ ๐ฆ๐๐น๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป๐ด, ๐๐น-๐ฆ๐๐น๐๐ฎ๐ป ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต ๐ฅ๐ถโ๐ฎ๐๐ฎ๐๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป ๐๐น-๐ ๐๐๐๐ฎ๐ณ๐ฎ ๐๐ถ๐น๐น๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต ๐๐ฏ๐ป๐ถ ๐๐น-๐ ๐ฎ๐ฟ๐ต๐๐บ ๐ฆ๐๐น๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต
Majlis ini telah berlangsung pada 13 April 2026 (Isnin), jam 2.00 petang di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Majlis ini melibatkan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang bersama wakil koperasi termasuk KPKP dan Koperasi Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Pahang Berhad.
KPKP telah dititah mengadap bagi membentangkan pencapaian serta aktiviti koperasi bersempena ulangtahun ke-100 penubuhan KPKP pada tahun ini. Pencapaian membanggakan ini termasuk kedudukan dalam 25 Koperasi Terbaik Malaysia dan tempat ke-3 di Negeri Pahang bagi tahun 2025.
Delegasi SKM diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Shaari bersama barisan pegawai SKM Negeri Pahang. Manakala KPKP diwakili oleh Tuan Haji Azman bin Ibrahim (Pengerusi), Tuan Haji Khairin Anwar Azudin (Setiausaha) dan Cik Andak Suri binti Ramli (Pengurus Besar).
Menjunjung kasih atas keprihatinan dan minat KDPB Tuanku terhadap peranan koperasi dalam memperkukuh ekonomi serta kebajikan anggota dan masyarakat.
Hotel Espikay Kuantan

Tempahan bilik Hotel Espikay kini boleh dibuat secara ONLINE
Jom tempah!
Mulai 1 November 2025 anda boleh membuat tempahan bilik secara atas talian melalui pautan yang disediakan, bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
TAMBAHAN SAHAM KINI DIBUKA
Kini, anggota boleh mula memohon tambahan saham melalui borang yang disediakan atau datang terus ke pejabat KPKP.
Sila hantar resit bukti bayaran anda ke :
๐Makluman penting:
- Hanya tambahan saham yang diterima pada atau sebelum 30 Jun 2025 sahaja yang akan dikira bagi pembayaran dividen tahun kewangan berakhir 2025.
- Tambahan saham yang diterima selepas 30 Jun 2025 akan dikira bagi pembayaran dividen tahun kewangan berakhir 2026.
Tingkatkan pegangan saham anda dan nikmati pulangan yang menguntungkan bersama KPKP.
Sila muat turun borang dibawah.
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE-36 TAHUN 2025
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke-36 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Jun 2025 di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands.
Tahniah diucapkan kepada anggota Lembaga KPKP yang baru dilantik:
๐น Intan Maizura binti Mustafa (No. Ahli: 30495)
๐น Achik Isam bin Alias (No. Ahli: 23572)
๐น Shaharani bin Abd Ghani (No. Ahli: 22495)
๐น Bibil Azura binti Awang (No. Ahli: 24676)
Selamat menjalankan amanah yang diberi.
Semoga pelantikan ini membawa nafas baharu dan perubahan yang lebih cemerlang buat KPKP dan seluruh anggotanya.
#MAP-36 #KPKP99to100 #setiabersamakpkp
RUANGAN MEDIA SOSIAL
Makluman: Sistem eSemak telah dinaiktaraf kepada versi terbaru. Anggota diminta membuat pengesahan penyata tahunan terkini. Sila tekan pautan dibawah untuk ke sistem.
Ikuti KPKP di platform media sosial:
KPKP (hq)
Ar-Rahnu Espikay
Hotel Espikay
Petronas Songsang KPKP
Perkhidmatan Kami
Menyediakan sistem atas talian (e-Semak) bagi memudahkan anggota menyemak perkara berikut:- Maklumat Anggota – (Penyata semasa / Bayaran / Dividen ) Selengara Maklumat Pengesahan Penyata Tahunan Mesyuarat Agung Kawasan Kalkulator Pinjaman Pendaftaran e-Semak Untuk pendaftaran kali pertama anggota haruslah hadir ke ibu pejabat atau cawangan KPKP untuk mendapatkan kata laluan.…
Ladang Kelapa Sawit Mukim Bebar, mempunyai keluasan sekitar 200 ekar. Diusahakan secara pajakan mulai tahun 2008 sehingga 2028. walaupun diusahakan secara pajakan segala perjalanan aktiviti sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa Pembangunan Aset dan Sewaan dimana lawatan secara berkala sentiasa dilakukan pada setiap tahun. Sama-samalah kita doakan agar ladang sawit ini akan…




