Hotel espikay

Espikay Hotel

Dibuka mulai 26 Mac 2018.Kami mengalu-alukan kedatangan anda rasailah keselesaan dan kemudahan wifi bertaraf 5 bintang

“Pilihan Hotel Budget Terbaik Anda”

Hotel Espikay adalah sebuah hotel yang dibangunkan dengan konsep yang lebih moden dan elegan milik penuh Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad (KPKP) yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan. Kedudukan yang amat strategik kerana ia terletak berhampiran dengan Masjid Negeri, pusat pentadbiran awam dan pusat perbankan di sekitarnya.

Hotel Espikay amat berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk berkunjung dan menginap di Hotel Espikay. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan dengan memilih Hotel Espikay sebagai destinasi penginapan.

.

Extra Tilam RM 30

* Cuti Hari Pelepasan Am / Umum

Terma & Syarat

  • Semua kadar harga yang disiarkan adalah di dalam matawang Ringgit Malaysia (RM), termasuklah 6% cukai GST.
  • Semua kadar harga yang disiarkan adalah untuk bilik sahaja (tidak termasuk sarapan pagi).
  • Wang pendahuluan sebanyak RM 100.00 akan dikenakan semasa check-in dan ianya akan dipulangkan semula semasa check-out.
  • Kami menerima bayaran dalam bentuk tunai sahaja.
  • Waktu check-in adalah selepas pukul 2.00 petang (waktu tempatan GMT+8) dan waktu check-out adalah pada pukul 12.00 tengahari (waktu tempatan).
  • Permintaan untuk waktu check-in awal dan waktu check-out lewat akan dipertimbangkan dan tertakluk kepada bilik-bilik yang sedia ada.
  • Sebarang notis pembatalan atau perubahan mestilah dibuat secara bertulis, dengan pengesahan dari pihak kami.
  • Tiada sebarang caj akan dikenakan untuk pembatalan yang dibuat 2 hari sebelum hari ketibaan.
Montaj
Simple Ways to Smart Solutions! - (KPKP 1926)