PAJAK GADAI
Mengikut Konsep Syariah iaitu :-
|
Ar-Rahnu Tawarruq (Bay Al-Tawliyah)
Ar-Rahnu Tawarruq (Bay Al-Tawliyah) ialah pembiyaan jangka masa pendek bagi pelanggan yang menggadai emas atau barangan kemas sebagai cagaran bagi pembiyaan yang diberikan oleh pihak KPKP. Produk ini akan distrukturkan bedasarkan konsep Tawarruq, Rahn, Wadi’ah.
1. Tawarruq (Bay Al-Tawliyah)
Tawarruq ialah struktur pembiyaan yang berkonsepkan perdagangan komoditi patuh Syariah yang bertindak sebagai aset pendasar di dalam aktiviti pembiyaan. Kaedah pembiyaan ini dapat dijalankan melalui penjualan komoditi kepada pelanggan dengan kaedah pembayaran ansuran berasaskan konsep Bay Al-Tawliyah iaitu komoditi dijual pada harga kos yang asal. Seterusnya, pihak pelanggan akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai.
2. Rahn
Pelanggan akan mencagar emas atau barangan kemas kepada KPKP sebagai cagaran untuk pembiayaan Ar Rahnu di antara KPKP dan pelanggan untuk memenuhi liabiliti keberhutangan sekiranya pelanggan gagal membuat pembayaran hutang tersebut.
3. Wadi’ ah Yad Amanah
Pihak pelanggan melantik KPKP untuk menyimpan marhun di dalam peti besi atas dasar amanah bersama upah.
“Ar-Rahnu”
Merujuk kepada makanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
“Al-Wadiah Yad Dhamanah”
Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah.
Ciri-ciri Ar-Rahnu
– |
Caj perkhidmatan yang rendah. |
– |
Tiada unsur riba. |
– |
Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan. |
– |
Tempoh membayar balik yang munasabah. |
– |
Barang gadaian dijamin keselamatannya. |
Jenis-jenis emas
Emas adalah logam yang diterima untuk gadaian. Terdapat 8 standard ketulinan emas yang dibenarkan mengikut Peraturan 12/seksyen 3, Akta Perihal Dagangan 1972.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di talian : 09-517 8589 | 09-517 7932
Jenis emas |
Nama-Nama |
Campuran |
999 / 24 K |
E.Kertas,10, Chuk Kam (99%) |
99.9 emas |
950 / 23 K |
Emas Kelantan, Emas 9 |
94.93% Au + 2.1 Ag+2.54 Cu |
916 / 22 K |
Emas Singapura, Emas 9 |
91.53% Au +3.9 Ag +4.25Cu |
875 / 21 K |
Emas Paun ( 750 – 875) |
87.46% Au +6.4Ag+6.4Cu |
835 / 20 K |
(750 – 835) Emas India |
83.53Au + 10.36Ag+6.17Cu |
750 / 18 K |
(750 – 875) Emas Paun |
74.84% Au +12.4 Cu |
585 / 14 K |
Suasa ( 375 – 585 ) |
37.5%-58.5% Au + Cu |
375 / 9 K |
Emas Putih ( 375 – 750 ) |
+lebih Ag/Ni/Zn/Pd |
Syarat-syarat gadaian
1. |
Pembiayaan yang diberikan tidak melebihi tujuh puluh (70) peratus bagi anggota Koperasi dan enam puluh (60) peratus bagi bukan anggota Koperasi daripada nilai emas. |
2. |
Tempoh Pembiayaan adalah selama 6 bulan dan disambung 4 bulan.Bayaran ansuran juga dibenarkan. |
3. |
Upah Simpan adalah seperti berikut bagi setiap seratus ringgit:
Nilai emas |
Kadar |
Tempoh |
RM1.00 – RM1000 |
RM0.50 |
Sebulan |
RM1001 – RM2,000 |
RM0.60 |
Sebulan |
RM2001 – RM10,000 |
RM0.80 |
Sebulan |
|
4. |
Dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu:
– |
Salinan Kad Pengenalan Pemohon. |
– |
Bukti-bukti bertulis barangan adalah hak milik sendiri/pasangan/saudara terdekat |
|
|